Song For All

Tuesday, September 30, 2014

Aku Dan UPSI. (PART1)

Assalamualaikum .

dah lama x menghapdate blog ni.
hari ni kelas habis awai ,
sempat la jugak nk menaip serba sikit tentang kehidupan baru .


Meh proceed.
Alhamdulillah,
selepas pengumuman upu,
saya dapat UPSI,
kos ijazah sarjana muda sains(matematik) dengan pendidikan AT48,
insya-Allah bakal pendidik kelak.

Dalam masa nak masuk UPSI ni,
banyak halangan saya,
mula2 nak masuk upsi kene isi upu,
masa isi upu tu,
ya Allah,
hanya hati dan Allah saja yg tahu betapa kerdilnya diri ini,
bukan sebab apa,
result saya x seberapa,
takut tidak layak,
Alhamdulillah dapat menduduki ujian medsi,
di UiTM machang,
kat sana jumpa kawan dari MRSM TUMPAT,
masa nk duduki ujian tu,
i did drive by myself, cos my parents sangat busyyyy hari jumaat.
saya dengan sedih dan semangat ditemani kawan
memandu selama 1 jam 30 minit.
jauhhhhhhh,
x penah drive jauh mcm ni.
4 orang kawan saya yg menduduki ujian hanya 3 org lepas untuk temuduga di UPSI tanjong malim,

bermulalah perjalanan dr Kota Bharu ke Tanjong Malim
dalam masa saya ingin interview di tanjong malim,
dalam perjalanan kereta rosak,
abah saya dah habis $ banyak service sebelum datang untuk persediaan ,
apakan daya,
perancangan Allah.
Ujian dimana2 asalkan kita tabah dan redha.

Abah dan Ma serta adik saya ,
menunjukkan muka yg kecewa,
dalam masa yang sama,
kami hampir berpatah balik,
takut ada malang yg akan menimpa kami kelak,
namun,
abah,
apabila namanya ABAH iaitu seorang ayah,
memberanikan diri untuk meneruskan perjalanan,
demi masa depan seorang anak,
dan kerana tanggunjawab yg diberikan Allah menjaga kami insan yg bernama anak.

Alhamdulillah selamat sampai di taman universiti tanjung malim .
nasib baik hotel di taman u tu murah.
ringan sikit beban kami.

ke-esokan paginya,
bagun pagi,
dan bangun serta terkial2 nak pilih baju.
Ma dengan secara langsung sambil "menenyeh" lipstik di bibir,
      "Pakai baju putih tu, barulah penemuduga tu nampak cahaya seorang pendidik"
okay,
turuti sahaja tanpa bankang,

dengan hati yang senang dan luluh,
saya berada di depan pintu ,
ma dan abah berlalu pergi mencari sarapan untuk diri mereka dan adik saya.

menunggu detik masuk ke dalam bilik,
saya insan kedua yg dipanggil untuk sesi pagi itu,
dengan takut dan cuak
       " AHMAD BASRI BIN RUSLAN , sila masuk"

saya masuk dengan salam dan senyuman sinis kepada En itu.
saya TERnampak gugusan plastik gula2, lalu mengutip dan meletakkan dalam poket.
mungkin itu taktik penemuduga itu,

bermulalah soalan.
                       " Foundation in Engineering di UiTM Puncak Alam,
                       Apakah sebab kamu datang ke dalam bidang pendidikan?"

           "terima kasih En, ok , dari Engineering, saya hanya masuk dek kerana kata2 org,
             saya hanya masuk dek kerana melihat kepada gaji yang lumayan,
            saya hanya masuk dek kerana apa yang saya nampak,
             apabila saya belajar, saya selami apa itu kejuruteraan,
            baru saya sedar, bidang itu bukan kepakaran saya,
             bidang itu bukan di cipta , di sediakan untuk saya,
            semasa cuti menunggu keputusan upu,
             saya mempunyai dua org adik dan beberapa org jiran yg bersekolag rendah,
            pada masa ini lah saya mendapat, saya mengorek saya menemukan cinta sejati saya dalam                  hidup, iaitu rasa seronok, rasa teruja  dan rasa nikmat dalam bekerja.
             pelabagai ragam, pelbagai kekurangan dalam diri setiap org
             namun, bagi saya mendidik 3 kategori pelajar iaitu
        1- cerdik
    2-sederhana
3-kurang cerdik

akan memberikan kita lebih makna jika dibandingkan dengan gaji yg tinggu
ia membrikan kepuasan dalam mengubah dan memberikan ilmu yg aman,
ia akan berterusan dari zaman ke zaman ,
berterusan dari genearasi dan generasi.
FULLSTOP"

"OK BASRI,
saya hanya mampu cakap,
Awak berdoa sahaja,
awak ada kemahiran,
awak ada kebolehan,
awak ada karisma menjadi seorng pendidik,
tapi saya nak awak balik berdoa,
sebab pemilihan ini bukan saya yang buat,
bukan saya yg pilih,
ia ditapis dari masa ke masa.
apapun terima kasih dan goodluck."

saya bangun dan capai tangan En itu,
terima kasih dan berlalu pergi dengan harapan yg penuh .

usaha sudah,
aku hanya mampu berdoa,
ni gambar masa lapor diri kat upsi,
belakang tu ktm tanjong malim, jalan2 sat na...

Alhamdulillah,
berkat doa keluarga, aku dan guru-guru serta kawan2.
aku dapat menjejakkan kaki di U.P.S.I.



course mate AT48




Allah tidak memberikan seorang hamba itu ujian untuk  diterima dengan terbuka,
Allah memberikan kita ujian untuk kita berfikir,
untuk kita bertindak ,
untuk kita muhasabah diri.
Ujian yang Allah bagi , Allah tahu hambaNya mampu atasi.
Apa yang kita sebagai hamba harus buat ialah,
tawakal, usaha, dan tarbiyahkan diri .
ini pengalaman broga KELAB FASILITATOT BITARA UPSI.
28.9.2014(AHAD)


Akhir kata .
kesenangan bukan mudah dicapai,
kemenangan bukan mudah digengam,
keimanan bukan untuk dimantapkan,
kesetiaan bukan mudah untuk dicari,
 SEMUANYA memerlukan PENGORBANAN dan USAHA,





1 comment:

Coretan Pembaca